Friday, April 1, 2011

Kelantan Benam Harimau



Perlawanan semalam antara Kelantan dan Harimau Muda A- merupakan antara perlawanan berkualiti pernah disaksikan dalam sejarah bolasepak negara. Kepantasan pemain-pemain Kelantan seperti Azwan Roya yang seperti lipas kudung begitu juga dengan Chanturu nyata memukau. Kepantasan ini juga tampak berjaya disaingi Harimau Muda yang membuat persiapan ke Olimpik sebelum menentang pasukan penuh misteri Lubnan.

Walaupun kejayaan memihak kepada kelantan 2-1, kekalahan ini menunjukkan Harimau Muda belum cukup bertaring untuk bertemu Lubnan. Pemain muda sepatutnya lebih laju dan bertenaga. Sebaliknya Kelantan seperti meguasai perlawanan. Namun pada separuh masa kedua Harimau muda tampak sedikit bertenaga dan menguasai bola. Pemain Harimau muda yang tegap lagi kacak iaitu Mahali harus diberi pujian dengan gaya permainan World Class nya mungkin hasil didikan di Slovakiaa.

Well done.

1 comment:

  1. mahali jasuli semakin meningkat prestasi beliau.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...