TV ONLINE

Friday, February 4, 2011

Harimau Malaya Bakal Dapat Khidmat Brendan Gan

Brendan Gan [ baju biru ]

Bapanya berasal dari Seremban, Negeri Sembilan tetapi dia dilahirkan dan dibesarkan di Sdyney, Australia. Berdasarkan peraturan FIFA, Brendan layak untuk mewakili Malaysia. Semasa AFF Suzuki berlangsung, Brendan sempat untuk menonton beberapa perlawanan Malaysia. Katanya, beliau tertarik dan kagum dengan corak dan taktikal permainan skuad Malaysia. 

Dalam satu temu bual khas dengan Astro Awani baru-baru ini, beliau amat teruja sekiranya FAM atau Rajagopal sudi untuk memanggil beliau mewakili negara ini kerana menurutnya lagi, beliau tidak sabar untuk mencurahkan bakti kepada negara tempat tanah tumpah darahnya ini.

Mungkin FAM  boleh menghantar jurulatih, Rajagobal atau jurulatih Harimau Muda A, Ong Kim Swee ke Sydney untuk meninjau dan melihat sendiri kemampuan Brendan beraksi dalam saingan Liga A Australia. Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad sebelum ini mengesahkan bahawa badan induk bola sepak negara itu akan segera menghubungi Sydney FC bagi mendapatkan maklumat terperinci mengenai Brendan sebelum memanggilnya untuk tugasan antarabangsa.

p/s : Harap-harap skuad Malaysia akan lebih mantap .

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...