TV ONLINE

Tuesday, June 7, 2011

Safee Sali Bakal Tinggalkan Pelita Jaya?


Kedudukan Pelita Jaya dalam liga Indonesia masih lagi belum dibaiki. Kehadiran  Safee Sali tidak mampu melonjakkan kelab itu ke atas liga. Dan pengurusan kelab itu harus memberi perhatian yang seharusnya.

Tambahan pula, Safee Sali dalam dilema. Dia mengaku bimbang dengan kariernya di Indonesia. Sebabnya, krisis di dalam PSSI masih tidak selesai. Ini menyebabkan Indonesia bakal dikenakan hukuman oleh FIFA.

“Sejujurnya, saya berasa bimbang dengan masa depan saya di Indonesia di tengah masalah yang dihadapi PSSI. Tapi saya masih menunggu keputusan FIFA terhadap Indonesia sebelum membuat keputusan,” kata Safee. 

Safee bercadang akan meninggalkan Indonesia dan mencari kelab lain sekiranya Indonesia berdepan hukuman FIFA.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...