TV ONLINE

Tuesday, June 7, 2011

Izuan Salahudin l Star In The Making l

Gambar Kredit - Shamil

Izuan Salahudin mungkin nama baru dalam bola sepak Kelantan. Tetapi kehadirannya dalam skuad senior Kelantan mampu memberi impak yang agak besar. Mana tidaknya, Izuan Salahudin telah menjaringkan gol pembukaan ketika Kelantan menewaskan Terengganu semalam.

Bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Putra yang mesra di panggil “iwe solah” ini adalah pemain yang beraksi di posisi sayap kiri dan kanan berjersi 26 bersama skuad senior kelantan. Pertama kali di turunkan dalam skuad senior kelantan ialah ketika Kelantan membelasah Felda United 6 – 0 dan beliau juga menyumbangkan satu gol dalam perlawanan tersebut.Dato’ M Karathu sendiri menghamburkan pujian kepada pemain muda berusia 20 tahun ini dan menyifatkan Izuan Salahudin telah menunjukkan kematangan dalam permainan beliau.

Jika dua tahun dahulu, Wan Zaharul Nizam atau dikenali sebagai Kechik mencatat sejarah terus dipanggil menyertai skuad muda Kebangsaan selepas beraksi dengan pasukan senior, mungkin giliran Izuan pula menjadi pemain seterusnya. Izuan Salahudin merupakan nadi pasukan piala Presiden Kelantan sejak tahun 2010 setelah menampilkan aksi konsisten selain dapat melakukan jaringan ketika pasukan memerlukan.

Ketika ini, Izuan dan Mohd Farhan Yaacob telah diberi peluang oleh Ketua Jurulatih Kelantan, Datuk M. Karathu untuk berlatih serta beraksi didalam pasukan utama.
 
p/s : Kelate mempunyai ramai pemain-pemain berbakat

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...