TV ONLINE

Sunday, February 19, 2012

Pep Guardiola Sedia Gantikan Wenger


Seperti yang sedia tahu, masa depan Wenger di Arsenal telah pun tergugat. Persembahan Arsenal yang tidak seimbang memberi bayangan bahawa mereka perlukan jurulatih yang baru untuk membawa mereka menjulang sekurang-kurangnya satu trofi.




Terlalu banyak kekecewaan yang dialami oleh Arsenal dan juga Wenger



Sumber dalaman di Arsenal telah membayangkan perancangan sedang dibincangkan untuk membawa pengurus Perancis itu ke dalam lembaga pengarah kelab selepas satu lagi musim mengecewakan dengan kelab hampir pasti akan gagal memenangi sebarang trofi untuk tahun ketujuh berturut-turut.

Sejak warga Amerika, Stan Kroenke menjadi pemegang saham utama, Arsenal berusaha untuk meningkatkan populariti mereka di serata dunia dan pendapatan yang boleh diperoleh darinya. Kejayaan akan menjadi kuncinya dan Wenger nampak kehabisan idea bagaimana untuk menghalang pasukannya dari terus merosot.
Arsenal juga sedar bahawa akan ada batasan perbelanjaan semasa jendela perpindahan dibuka dan ia membolehkan mereka membawa Guardiola dari Barcelona, di mana situasi kontraknya masih belum diselesaikan.

Pengurus disanjung tinggi berusia 41 tahun itu akan menjadi ejen bebas di penghujung musim ini dan enggan menolak kemungkinan berpindah walaupun dengan tekanan dari kelab juara Eropah itu untuk memperbaharui kontrak baru.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...