TV ONLINE

Sunday, February 12, 2012

Real Madrid Bakal Buat Tawaran Untuk Van Persie



Real Madrid akan membuat tawaran kepada Robin van Persie pada musim panas ketika kelab itu menyertai perlumbaan £30 juta untuk striker Arsenal.
 Manchester City dan Barcelona juga berminat dengan pemain Belanda, 28, yang mempunyai baki kontrak 16 bulan bersama Arsenal dan belum komited dengan perjanjian baru.

Madrid juga mungkin meletakkan striker Argentina, Gonzalo Higuain selaku sebahagian daripada perjanjian. Higuain, 24, adalah sasaran Chelsea tetapi telah lama dikagumi oleh Bos Arsenal, Arsene Wenger.

Presiden Real Madrid, Florentino Perez merancang langkah bercita-cita tinggi untuk striker Manchester City, Sergio Aguero.

Namun bos, Jose Mourinho lebih memilih Van Persie, yang versatil dan lebih sesuai memakai jersi nombor 9 seperti Didier Drogba.

Masa depan Mourinho di Bernabeu sendiri dalam keraguan, namun dia telah memberitahu ketuanya bahawa pemain berusia 28 tahun, Van Persie akan sesuai untuk kelab itu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...