Friday, January 20, 2012

Menang 3-0, Kelantan Akhiri Badi Di Stadium Darul Aman

-gambar hiasan-

3 mata penuh menjadi milik pelawat, Kelantan setelah berjaya menundukkan pasukan tuan rumah dengan jaringan 3-0. 


Kelantan terlebih dahulu menjaringkan gol setelah Ghaddar berjaya menyempurnakan sepakan penalti. Penalti itu berpunca dari gerakan berbahaya Noshahrul yang ditackle oleh pemain pertahanan lawan. Ini merupakan penalti kedua buat Muhamad Ghaddar




Norshahrul sememangnya tidak boleh dinafikan lagi. Penyerang berbisa negara. Berpunca dari hantaran cantik  Antwi, Matyo bijak merembat deras ke arah bucu tiang gol. Sememangnya gol yang cantik. Kelantan bertuah mempunyai pemain seperti Matyo.





Rajin dan bagus. Tu yang membuat Antwi ni special. Kesungguhan yang ditunjukkan oleh Antwi sememangnya layak dipuji. Dengan mencabar goalkeeper Kedah, Antwi berjaya merampas bola dan seterusnya menjaringkan gol. Cukup mudah. Hanya dia kesungguhan Antwi membuktikan nilainya.




Percaturan Peter James Butler kali ini sememangnya menjadi. Syabas !


Gandingan 3 penyerang ini mampu membawa Kelantan ke arah kejuaraan !



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...