TV ONLINE

Wednesday, January 25, 2012

Apek Hilang, Tidak Lapor Diri Skuad OKS




KETIADAAN penjaga gol utama, Khairul Fahmi Che Mat pada sesi latihan pusat skuad Olimpik negara semalam membingungkan jurulatih, Ong Kim Swee.Tanpa sebarang alasan, kelibat kapten negara itu tidak kelihatan bersama 24 pemain lain yang dipanggil bagi persiapan menentang Bahrain dalam pusingan kelayakan Sukan Olimpik London di Manama 5 Februari depan.

Kim Swee yang terkejut dengan ketiadaan Khairul Fahmi bagaimanapun enggan berbicara mengenai tindakan yang akan diambil kerana mahu memberi peluang kepada pemain itu dan pihak Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) memberi penjelasan.


' Ke mana perginya Apek ? ''

“Khairul Fahmi tidak melaporkan diri dan saya tidak tahu kenapa dia tidak hadir. Dia dan Kafa tidak memaklumkan apa-apa kepada saya setakat ini.

“Saya pelik adakah pihak persatuan tidak tahu mengenai perkara ini sedangkan surat mengenai latihan pusat sudah dihantar pada 18 Januari lalu.

“Saya akan tunggu penjelasan mereka esok (hari ini) sebelum memikirkan mengenai tindakan yang perlu diambil,” katanya yang ditemui pemberita selepas tamat sesi latihan semalam.

sumber :  mymetro

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...