TV ONLINE

Saturday, January 14, 2012

Henry Dalam Skuad Utama

Thierry Henry


Pengurus Arsenal, Arsene Wenger mengesahkan bahawa Thierry Henry sudah bersedia diturunkan dalam skuad utama menentang Swansea dalam aksi Liga Perdana England malam ini.
Wenger berkata pemain berusia 34 tahun itu telah cergas daripada apa yang disangkanya dan akan diturunkan bergandingan dengan kapten Robin van Persie.
"Dia sudah sedia untuk beraksi dalam skuad utama," kata Wenger.
"Dengan cara dia melakukannya, saya tidak boleh jamin apa yang akan berlaku Ahad ini (malam ini), tetapi dia boleh membantu kami mencipta kemenangan tidak kira di bangku simpanan atau dalam skuad utama."
Wenger membayangkan bahawa Henry mungkin akan bermain di posisi penyerang kiri dengan Van Persie kekal sebagai penyerang tengah.
"Mereka boleh bermain bersama, selagi pemain dalam skuad ini seimbang. Mereka boleh bermain secara bertahan atau pun menyerang.
"Henry masih lincah dan dia boleh bermain di bahagian kiri dan memberi kesukaran kepada pertahanan lawan," tambahnya. 
sumber : kosmoonline

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...