TV ONLINE

Monday, January 16, 2012

Diintai 3 Kelab Eropah, Tidak Dinafikan Safee Sali Pemain Terbaik Malaysia




Safee Sali mengesahkan dia kini diintai pula oleh tiga kelab bola sepak ternama dari Eropah yang sudah menghubungi pengurusannya menyatakan minat melamarnya. Biarpun enggan mendedahkan nama ketiga-tiga kelab bola sepak dari Eropah itu, namun, Safee secara peribadi mengakui, bersedia untuk berhijrah ke gelanggang lebih besar seandainya tawaran itu direalisasikan.


“Saya mengaku ada menerima tawaran dari tiga kelab Eropah baru-baru ini. Tawaran itu menyatakan minat untuk menawarkan saya peluang bermain di sana.



Safee yang kini menggalas tugas sebagai kapten Pelita Jaya berkata, apa yang baik untuk kerjaya bola sepaknya diterima beliau dengan lapang dada. Kalau tidak ada rezekinya dengan kelab Eropah, Safee masih bersyukur dengan kedudukan sekarang.

“Siapa yang tidak mahu bermain dengan kelab Eropah? Tentunya itulah impian setiap pemain. Kalau sudah tertulis rezeki saya, pasti saya bersedia untuk berhijrah. Kalau tidak sekalipun, saya akan terus bermain di sini (Pelita Jaya),” ujar Safee yang mengakui masih terkejut dengan tawaran itu.

Difahamkan, ketiga-tiga kelab yang dilaporkan berminat mendapatkan khidmat Safee ialah kelab dari Turki, Galatasaray, Panathinaikos FC (Greece) dan juga kelab Perancis, Paris Saint Germain yang baru sahaja mendapat sentuhan bekas pengendali Chelsea, Carlo Ancelotti baru-baru ini.
Zakaria begitupun enggan mengesahkan spekulasi tersebut yang ketika ini begitu rancak diperkatakan oleh peminat bola sepak tempatan di laman blog dan juga Facebook.

“No comment, masih terlalu awal untuk mengumumkan nama ketiga-tiga kelab tersebut. Buat masa ini, Safee masih pemain Pelita Jaya,” katanya ringkas.

Jom tgok kehebatan Safee yang membuka mata ramai pemerhati-pemerhati Eropah !


p/s : sama-sama doakan kejayaan terbaikk buat Safee

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...