Thursday, January 12, 2012

Real Madrid Mahu Beli Suarez £30 juta

Luis Suarez

Menurut laporan di Sepanyol, bos Real Madrid iaitu Jose Mourinho bersedia menawarkan Luis Suarez jalan keluar daripada mimpi ngeri Liverpool dengan tawaran £30 juta untuk striker itu. Gergasi Sepanyol berharap dapat mengambil kesempatan daripada isu kemarahan sekitar pemain antarabangsa Uruguay  itu dengan sambaran sensasi dalam jendela perpindahan Januari.
 
Suarez kini menghadapi penggantungan lapan perlawanan berikutan isu perkauman dengan bek Man United, Patrice Evra. Dia juga digantung satu perlawanan oleh Football Association dan didenda £20000 bagi isyarat yang dibuat ke arah peminat Fulham.
 
Pengurus Liverpool, Kenny Dalglish teguh mempertahankan Suarez dan menegaskan pasukan menunjukkan sokongan, yang telah 'disalah tafsir' kerana dia mempertahankan rekod kelab tentang isu tersebut.

Sumber : wiselonline

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...