TV ONLINE

Tuesday, January 10, 2012

Review dan Gambar Kelantan 2-1 Lions XII

Peter Butler

Ternyata corak permainan yang diterapkan coach Peter Butler kali ini berhasil. Walaupun menang tipis 2-1, kemenangan ini cukup bermakna untuk 3 mata dibawa pulang. 


Piya

Kemasukan Piya semula ke dalam kesebelasan utama nyata memberi kesan. Piya ternyata mampu menghidupkan jentera barisan tengah bersama-sama Shakir. Dengan beberapa gelecekan yang mengelirukan lawan, Piya mampu menghantar bola kepada Matyo dan Ghaddar.

Ghaddar

Pemain import Lubnan ini juga nyata menjadi. Dilihat mempunyai skill individu tersendiri, lebih kurang Matyo la dia ni. Kucar-kacirkan pertahanan lawan. Bijak menyempurnakan sepakan penalti untuk memberi kemenangan kepada Kelantan.

Azwan Roya

Azwan Roya perlu berada dalam kesebelasan utama. Dia juga melakukan beberapa cubaan bahaya. Boleh memberi elemen kelajuan semasa menyerang. Cuma crossing perlu diperkemaskan lagi.

- gambar hiasan -

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...