TV ONLINE

Monday, January 23, 2012

Sebab Kenapa Arsenal Tewas 2-1 Kepada United



Terdapat beberapa sebab dikenal pasti yang menjadi punca kekalahan tipis Arsenal kepada United di Emirates. * ini hanya pandangan admin*


Aaron Ramsey. Dilihat banyak membuat kesilapan-kesilapan mudah. Control ball yang kadang-kadang tidak menjadi. Ramsey juga gagal menyempurnakan peluang apabila rembatannya deras melepasi gol. Ramsey juga tidak berfungsi seperti biasa. Tiada hantaran-hantaran 'bola chip' yang boleh memperdayakan pertahanan lawan. Tapi dengan usia semuda Ramsey, banyak yang boleh dibaiki dari pengalamannya.



Johan Djourou. Tidak defend dengan konsisten. Djourou kerap kali meninggalkan posisinya. Ini dibuktikan bila Djourou lambat mengasak Giggs yang akhirnya melakukan hantaran lintang yang membuahkan gol.



Kesilapan yang dilakukan Wenger mengundang rasa marah penyokong Arsenal. Tindakannya mengeluarkan Oxlade adalah tidak patut kerana Oxlade bermain dengan cukup cemerlang. Ramai yang terkejut dengan Oxlade yang muda mampu menyerap tekanan dan beraksi dengan baik apabila menentang kelab besar seperti United. Persie pon tak puas hati bila Oxlade dikeluarkan.


Mamat legend ni sekadar jadi penonton sahaja. Mungkin bila Henry masuk mampu memberi elemen pengalaman ke dalam pasukan Arsenal yang kebanyakannya terdiri daripada pemain-pemain muda.


Welbeck dan Rooney. Welbeck nyata masih berbisa apabila menjaringkan gol kemenangan United. Rooney pula rajin. Sentiasa berlari, turun naik untuk mengejar bola. Kelebihan yang ada pada Rooney. Sebab rambut dia dah panjang kot kahkah .

__________________________________________________________________________



Oxlade Chamberlain bermain dengan baik dalam game ni. Wenger patut masukkan dia dalam kesebelasan utama.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...