TV ONLINE

Friday, January 6, 2012

Kelantan Lebih Fokus Untuk Jumpa Lions XII

sumber : utusan malaysia

Semalam mereka tidak turun menjalani latihan di Stadium Nasional, Bukit Jalil sebaliknya memilih untuk beralih ke padang rumput tiruan Majlis Sukan Negara, yang terletak berhampiran dengan venue perlawanan malam ini semata-mata kerana 'kandang' Lions XII, Stadium Jalan Besar berkeadaan sebegitu.

Kata jurulatih Wira Merah, Peter Butler: "Sebenarnya perancangan adalah bagi minggu depan iaitu melawan Singapura. Sebab itu kami tidak berlatih di stadium tetapi di Padang MSN. Namun malam esok (malam ini) tetap penting bagi menilai persediaan kami musim ini kerana kami tidak datang untuk seri atau kalah.
"Peluang menang tetap 50-50 dan saya fikir kedua-dua pasukan seimbang walaupun ramai orang kata kami pilihan. Negeri Sembilan sebuah pasukan juara Piala Malaysia yang bagus dan keadaan persediaan kami terjejas sedikit kerana cuaca hujan yang berterusan di Kota Bharu," katanya


Mengenai kemampuan dua tonggak import Kijang, kata Butler, hanya Denny Antwi yang didapati lebih bersedia dan sudah membuktikan kerja keras serta semangat sepasukannya berbanding Mohammed Ghaddar, yang mungkin memerlukan lebih banyak masa dan perlawanan sebenar untuk menyesuaikan diri.
Kata Azman, sekalipun cuma seorang pemain import yang mampu dipertaruhkan Negeri Sembilan berbanding dua milik Kelantan, mereka tetap wajar diawasi dengan kehadiran pemain lampai dari Cameroon, Jean-Emmanuel Effa Owona yang mampu menampilkan impak dalam perlawanan malam ini.

"Misi Kelantan tetap mahu mempertahankan piala ini walaupun tiada mata liga yang diberikan buat kali pertama dan kami berharap ia menjadi pembukaan tirai yang baik musim ini," katanya yang akan menurunkan Badri Radzi sebagai ketua pasukan Wira Merah malam ini.

p/s : diharapkan kedua-dua pasukan mempamerkan permainan menarik malam ini.

sumber : utusan malaysia online

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...