TV ONLINE

Tuesday, January 3, 2012

Gambar Sekitar Majlis Penyerahan Kunci Rumah Khairul Fahmi

Khairul Fahmi

Selesai sudah majlis penyerahan kunci rumah kepada Khairul Fahmi Che Mat di Taman Kurnia Jaya, Desa Kemunin, Pengkalan Chepa, Kelantan. Majlis penyerahan kunci rumah itu disempurnakan oleh Menteri Besar Kelantan, Y.A.B. TG Dato' Nik Aziz Nik Mat.

Rumah banglo itu dihadiahkan oleh kerajaan negeri Kelantan Khairul Fahmi Che Mat sebagai penghargaan kerana membantu Malaysia menjuarai Piala AFF Suzuki tahun lalu. Sebelum ini majlis penyerahan itu tertangguh berikutan Khairul Fahmi sibuk menjalani latihan.

Berikut adalah status dari Facebook MB Kelantan :

Alhamdulillah, selesai menyempurnakan majls penyerahan kunci rumah kpd Khairul Fahmi. Saya sempat menitipkan pesn kpd beliau dan semua ahli sukan agar menjauhi dadah krn ia akan memusnahkan karier. Kedua, ahli sukan perlu menunjukkan model contoh yg baik dari sudut penampilan dan syakhsiah untuk anak-anak muda dan ketiga, khusus kepada beliau, saya harap supaya cepat mendirikan rumahtangga, kerana dgn cara tersebut lebih sempurna kehidupan dan lebih terhindar dr perkara yg tdk diingini. Semoga anak Kelantan dapat mencontohi kecemerlangan yg ditunjukkan oleh beliau samada dlm bidang sukan atau bidang yang lain....





p/s : diharapkan inisiatif sebegini mampu meningkatkan lagi motivasi para pemain .

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...