TV ONLINE

Wednesday, April 27, 2011

Liga juara-juara : Barcelona vs Real Madrid

Mourinho bersama anak didiknya

Gerard Pique telah memberitahu Real Madrid bahawa kemenangan Copa Del Rey mereka tidak mengisyaratkan peralihan kuasa di Sepanyol. Kedua-dua gergasi La Liga itu bertemu buat kali ketiga dalam tempoh 11 hari di leg pertama semi final Liga Juara-juara di The Bernabeu. 
Pertemuan pertama mereka di liga berakhir dengan 1-1 tetapi Real menewaskan Barcelona 1-0 dalam final piala pada Rabu lalu. Barca kini lapan mata mendahului Madrid di puncak La Liga dan di laluan untuk memenangi gelaran kali ketiga berturut-turut. 
Bekas bek Manchester United berusia 24 tahun, Pique, berasa bahawa gergasi Catalan masih kuasa dominan Sepanyol. Dia berkata, "Tewas di final sememangnya sukar kerana anda tahu ramai yang akan bersedih dengannya." 

Messi semestinya menjadi harapan Barca 
untuk merobek gawang Madrid


p/s : perlawanan tumpuan dan dijangka menarik. Tgok live kt sini

1 comment:

  1. perlawanan yang sengit..real madrid masih segar dengan kejayaan menewaskan barcelona di final copa del rey..pilihan saya real madrid akan menang.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...