Tuesday, May 31, 2011

Scholes Bersara

 

Penampilan Paul Scholes dalam kekalahan kepada Barcelona pada aksi final Liga Juara-Juara baru-baru ini adalah merupakan penampilannya yang terakhir dalam arena bola sepak. Scholes secara rasminya mengumumkan persaraannya hari ini. Beliau akan menyertai barisan kejurulatihan untuk kelab Manchester United yang diwakilinya sebanyak 676 kali sepanjang kariernya sebagai pemain.

Antara kejayaan Scholes ialah memenangi 10 kali juara liga, dua kali Liga Juara-Juara dan tiga kali FA Cups bersama United.  Scholes juga menyarung jersi kebangsaan England sebanyak 66 kali dari tahun 1998 hingga 2002

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...