Cristian Gonzales
K Rajagobal sedikit pun tidak mahu terpengaruh dengan khabar berita penyerang import Indonesia dari Uruguay, Cristian Gonzales mengalami kecederaan menjelang perlawaan akhir Piala AFF Suzuki. Dikhabarkan Gonzales mengalami kecederaan pangkal paha ketika sesi latihan di Jakarta petang kelmarin. Dia sekadar menjalani latihan ringan dan secara berasingan sambil diawasi oleh fisioterapi pasukan pada sesi latihan pagi semalam.
Bagaimananapun, Rajagobal memilih untuk tidak terpengaruh dengan berita itu dan hanya mahu untuk menfokuskan persiapan skuad negara bagi menghadapi perlawanan akhir. Rajagopal yakin pasukannya berada dalam mental juara menghadapi Indonesia. Beliau sudah meminta pemain-pemainnya agar tidak terlalu tertekan dengan harapan rakyat Malaysia yang menginginkan pasukan kebangsaan menjadi juara.
p/s : Mungkin berita tentang Critian Gonzales cedera merupakan strategi psikologi Indonesia. Diharapkan skuad negara tidak terpengaruh dengannya.
No comments:
Post a Comment